Number of posts : 85 Age : 40 Registration date : 15/12/2008
Subject: I'm Not Single... Mon Jan 12, 2009 9:23 am
I’m Not Single mengisahkan pasangan Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan maya tiada alasan untuk membantah tambahan pula perancangan tersebut disokong kuat oleh nenek Maya yang sangat teringin melihat persandingan cucu tunggalnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Maya sendiri mempunyai teman lelaki iaitu Dani. Dani dan Maya memang saling cinta mencintai dan telah merancang untuk berkahwin. Dani seperti tidak dapat menerima kenyataan Maya sudah berkahwin mencari jalan untuk mendapatkan Maya semula....
“Percutian bulan madu” di rumah pusaka keluarga Adam bukanlah satu rancangan yang bijak. Pelbagai peristiwa lucu yang mencuit hati berlaku sepanjang mereka tinggal bersama. Dalam masa yang sama mereka saling mengenal hati budi masing-masing. Namun Maya masih bertemu dengan Dani dan Maya mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usianya baru 21 tahun. Melihat perilaku Maya, Adam menjadi tertekan dan serba salah dengan perhubungan itu. Sehingga pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan. Adam terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu Adam. Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.Apakah kesudahan perhubungan yang sememangnya tidak sehaluan itu? Segalanya dalam filem I’M NOT SINGLE terbitan ke 25 MIG Production Sdn. Bhd. (Metrowealth) arahan Pierre Andre.Barisan pelakon yang akan menjayakan filem ini adalah; Farid Kamil, Lisa Surihani, Awal Ashaari, Intan Ladyana, Cat Farish, Ahmad Idham dan ramai lagi.