Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Isteri kedua Raisuddin didenda

Go down 
AuthorMessage
sb189119
Kumpulan MOD
Kumpulan MOD
sb189119


Number of posts : 85
Age : 40
Registration date : 15/12/2008

Isteri kedua Raisuddin didenda Empty
PostSubject: Isteri kedua Raisuddin didenda   Isteri kedua Raisuddin didenda EmptyWed Apr 08, 2009 10:12 am

KUALA LUMPUR 7 April – Isteri kedua penyanyi dan pelakon tahun 1980-an, Raisuddin Hamzah hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkahwin tanpa kebenaran daripada pendaftar nikah cerai dan rujuk.

Siti Fatimah Subri, 22, seorang suri rumah hadir bersama Raisuddin, 52, menjelaskan denda tersebut sejurus prosiding selesai.

more..

Wanita itu mengaku telah berbuat sesuatu berupa akad nikah atau menjalankan upacara berupa akad nikah pada pukul 12.30 tengah hari, 2 Januari 2007 di Kampung Bana, Wilayah Songkla Thailand.

Perbuatan Siti Fatimah adalah berlawanan atau menyalahi Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata:

‘‘Mahkamah berharap hukuman ini menjadi pengajaran bukan sahaja kepada Siti Fatimah bahkan buat orang lain agar tidak berkahwin tanpa kebenaran yang akhirnya boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri serta keluarga.’’

www.utusan.com.my


*mudanya isteri kedua dia...lebih kurang macam anak dia je, Siti Sarah...huhu
Back to top Go down
http://sb189119.blogspot.com
 
Isteri kedua Raisuddin didenda
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: OTHERS :: Jom Kongsi Cerita-
Jump to: